Sunday, 1 September 2013

[QnA] Apakah perbezaan antara Qawaid Fiqhiyyah dengan Usul Fiqh?



Qawaid Fiqhiyyah atau juga dikenali dengan Legal Maxims adalah antara topik yang ada dalam perbahasan Usul Fiqh. Sebagai contoh: "ad-Darurah tubihul Mahzurah". Beerti: "Darurat mengharuskan perkara-perkara yang dilarang syara'". Kaedah-kaedah seperti ini diceduk hasil pengamatan para ulama' terhadap hukum syari'ah yang bersifat kumulatif (terkumpul).

Namun, mempelajari cabang ilmu semata-mata amatlah bahaya. Kerana ia berisiko menjadikan kita seorang yang rasionalis & bergantung banyak dengan logik berbanding menjadi seorang mujtahid yang beriman dengan wahyu Allah Jalla wa 'Ala. Justeru, mempelajari cabang ilmu Usul Fiqh mengikut disiplinnya adalah sangat penting.

*Akan datang: Apakah cabang-cabang ilmu lain yang diperbahaskan dalam Usul Fiqh?

No comments:

Post a Comment