Monday, 9 September 2013

Apakah kelebihan & kelemahan mazhab al-Ahnaf dan mazhab al-Jumhur?

Kelemahan mazhab Mutakallimin adalah, ia memiliki banyak masalah-masalah berkecuali (al-mustathnayat) yang terkeluar daripada kaedah usul yang umum. Namun kelebihannya, ia memberi panduan awal kepada para penuntut ilmu dengan kaedah-kaedah yang sudah siap dirangka.

Kelemahan mazhab Fuqaha' pula adalah ia kurang merangka formula-formula umum dalam pemikiran Usul Fiqh. Namun ia mempunyai banyak kaedah-kaedah khusus yang spesific dan kurang kes-kes berkecuali (special case).

*Akan datang: Apakah maksud al-Hakim dalam Usul Fiqh?

Wednesday, 4 September 2013

Kenapa kedua-dua mazhab al-Mutakallimin & al-Hanafi berpecah?



Mazhab al-Hanafi yang juga terkenal dengan nama al-Fuqaha', mempunyai pola fikir yang amat berbeza dengan mazhab al-Mutakallimin. Mazhab ini berfikir secara induktif, iaitu membentuk 1 formula Usul Fiqh berdasarkan kes-kes fiqah yang berlaku. Manakala mazhab al-Mutakallimin menggunakan pola fikir deduktif, dengan cara menghasilkan formula Usul Fiqh terlebih dahulu, kemudiannya diguna-pakai pada kes-kes yang timbul.

Untuk memudahkan kefahaman, al-Mutakallimin mencipta 1 blender untuk mendapatkan jus buah-buahan termasuk buah kelapa. Namun al-Hanafi tidak memandang begitu. Dia menkaji terlebih dahulu sifat-sifat buah kelapa, kemudian barulah dia cipta mesin pengisar kelapa. Kerana baginya buah kelapa berbeza dengan buah-buah lain.

*Akan datang: Apakah kelebihan dan kelemahan kedua-dua mazhab ini?

Apakah mazhab yang terdapat dalam Usul Fiqh?

Berbeza dengan bidang ilmu Fiqh yang mempunyai 4 mazhab, Usul Fiqh pula hanya mempunyai 2 mazhab. Iaitulah mazhab al-Mutakallimin dan mazhab al-Hanafi.
Mazhab al-Mutakallimin juga dikenali dengan mazhab al-Jumhur atau mazhab as-Syafie. Asas penjenamaan adalah kerana ulama' Asya'irah yang terkenal dengan ilmu kalam/mantiq telah mendominasi mazhab al-Mutakallimin. Dalam masa yang sama juga, pattern pemikiran mazhab ini banyak dipersetujui oleh mazhab Malik & mazhab Hanbali. Kerana itulah ia terkenal dengan nama mazhab al-Jumhur (majoriti).

*Akan datang: Kenapa kedua-dua mazhab ini berpecah?

Tuesday, 3 September 2013

Apakah perbezaan ilmu Usul Fiqh dengan Ulum Syari'ah?


Untuk memudahkan kefahaman, Usul Fiqh adalah subtopik kepada ilmu Syari'ah. Bahkan ia merupakan subtopik yang lebih kecil daripada 3 bahagian Syari'ah yang akan diterangkan sebentar lagi. Kerana itu, Usul Fiqh juga dikatakan sebagai ilmu alat, setaraf dengan ilmu bahasa Arab. Walaupun ia hanya topik kecil, namun perbahasannya sangat-sangat luas..!! Bahkan, tanpanya, mustahil untuk kita memahami undang-undang Syari'ah dengan jelas.

Ada 3 cabang ilmu di bawah Syari'ah iaitu : ilmu Aqidah atau Iman, ilmu Fiqh, dan ilmu Akhlaq atau Adab. Ada juga yang menambah dengan ilmu Sirah. Namun di sesetengah universiti, penggunaan kalimah Syari'ah mungkin membawa maksud yang berbeza. Contohnya di UIA, kuliyyah Syari'ah merujuk kepada kuliyyah undang-undang. Manakala Ilmu Wahyu pula barulah merujuk kepada kuliyyah yang mengumpulkan 3 cabang ilmu tadi.

*Akan datang: Apakah mazhab yang terdapat dalam Usul Fiqh?

Monday, 2 September 2013

Apakah kepentingan mempelajari ilmu Usul Fiqh?


Kepentingan mempelajari ilmu Usul Fiqh boleh dibahagikan kepada 2. Kepentingan umum & khusus. Adapun kepentingan khusus akan kita terangkan pada siri-siri pelajaran akan datang. Untuk kepentingan umum, adalah seperti berikut:

1. Memahami proses yang dilalui oleh seorang mufti sebelum mengeluarkan fatwa.
2. Menajamkan daya fikir sehingga mampu membuat keputusan dalam kehidupan dengan menggunakan ilmu Usul Fiqh.
3. Memahami kenapa imam-imam mazhab berbeza pendapat.
4. Mendapat tasawur yang lebih lengkap berkenaan perkembangan undang-undang Allah.
5. Menyiapkan diri untuk membalas hujjah mereka-mereka yang suka mendakwa Islam dengan pelbagai tohmahan.

*Akan datang: Apakah perbezaan ilmu Usul Fiqh dengan Ulum Syari'ah?

Kenapa sekarang baru dengar ilmu Usul Fiqh? Zaman Rasulullah dahulu tiada pun mengaji Usul Fiqh.

Sememangnya penjenamaan Usul Fiqh tidak ada pada zaman Rasulullah. Bahkan pada zaman imam Hanafi dan juga imam Malik. Kerana pada zaman mereka, hukum fiqh dikeluarkan berdasarkan kaedah2 asas Quran & Sunnah. Hanya setelah imam Syafie menyusun ilmu Usul Fiqh dalam kitabnya ar-Risalah, barulah mujtahid selepasnya menjenamakan Usul Fiqh. Dalam kata lain, ilmu itu wujud sejak zaman Rasulullah lagi, tapi tidak disusun serta dijenamakan.

*Akan datang: Apakah kepentingan mempelajari ilmu Usul Fiqh?

Apakah cabang-cabang ilmu lain yang diperbahaskan dalam Usul Fiqh?



1. Ulum al-Quran. (Sains Quran)
2. Mustolah al-Hadis. (Sains Hadis)
3. Adillat al-Ahkam. (Dalil2 hukum)
4. Ijtihad wal Ifta'. (Ijtihad dan fatwa)
5. Nizam hukm. (Sistem pentadbiran negara)
6. Turuq Istinbat. (Kaedah pengeluaran hukum)
7. Qiraah Naqdiyyah. (Pembacaan kritis terhadap kitab2 agung dalam bidang Usul Fiqh)
8. Ijtihad wa Tajdid. (Ijtihad dan pembaharuan)
9. Qawa'id Usuliyyah. (Kaedah2 usul).
10. Ikhtilaf Fuqaha'. (Perbezaan pendapat antara ulama' fiqah)
11. Madaris al-Usuliyyah. (Sekolah2 pemikiran dalam Usul Fiqh)
12. Tafsir an-Nusus. (Penafsiran teks2 hukum)
13. Mabahith Sunnah. (Perbahasan rinci tentang skop sunnah)

*Akan datang: Apakah ruang lingkup perbahasan tentang hukum-hukum Syari'ah?