Tuesday, 3 September 2013

Apakah perbezaan ilmu Usul Fiqh dengan Ulum Syari'ah?


Untuk memudahkan kefahaman, Usul Fiqh adalah subtopik kepada ilmu Syari'ah. Bahkan ia merupakan subtopik yang lebih kecil daripada 3 bahagian Syari'ah yang akan diterangkan sebentar lagi. Kerana itu, Usul Fiqh juga dikatakan sebagai ilmu alat, setaraf dengan ilmu bahasa Arab. Walaupun ia hanya topik kecil, namun perbahasannya sangat-sangat luas..!! Bahkan, tanpanya, mustahil untuk kita memahami undang-undang Syari'ah dengan jelas.

Ada 3 cabang ilmu di bawah Syari'ah iaitu : ilmu Aqidah atau Iman, ilmu Fiqh, dan ilmu Akhlaq atau Adab. Ada juga yang menambah dengan ilmu Sirah. Namun di sesetengah universiti, penggunaan kalimah Syari'ah mungkin membawa maksud yang berbeza. Contohnya di UIA, kuliyyah Syari'ah merujuk kepada kuliyyah undang-undang. Manakala Ilmu Wahyu pula barulah merujuk kepada kuliyyah yang mengumpulkan 3 cabang ilmu tadi.

*Akan datang: Apakah mazhab yang terdapat dalam Usul Fiqh?

No comments:

Post a Comment